Sunday, February 15, 2015

Tawaran Khidmat Membuat Gubahan Lagu Baru Dan Minus One Lagu Baru


Tawaran terbuka untuk sesiapa yang ingin memiliki lagu sendiri untuk tujuan komersial, pembikinan single, pembikinan album, lagu iklan, lagu filem, lagu korporat, lagu sekolah, lagu jabatan, lagu persatuan, untuk pertandingan, untuk simpanan, untuk syok sendiri dan sebagainya.

Kepada yang mahu membuat gubahan minus one untuk lagu dan lirik ciptaan sendiri, saya mengenakan bayaran RM2,000/= untuk sebuah lagu berdurasi kurang dari 5 minit menggunakan 5 alat muzik. Bayaran ini termasuk kos pemuzik sessi yang digunakan iaitu drum, gitar bass, gitar rhythm, gitar lead, piano, keyboard, percussion, synthetics  dan beberapa alat muzik lain sebagai accessories.
 
Lagu yang boleh dihasilkan termasuklah pop, pop-rock, ballad, rock-ballad, heavy rock, heavy metal, hip-hop, alternative, euro progressive, nasyid, country, country rock, blues, techno, acid-techno, acoustic dan lain-lain lagi. Produk akhir adalah adalah file mp3 atau file wav untuk versi minus one dan versi guide lagu yang diminta. Produk audio minus one yang saya hasilkan dijamin akan dapat melepasi tapisan kualiti penyiaran Panel Penapis Lagu Baru (RTM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) berdasarkan rekod pencapaian saya sebelum ini.

Jika berminat, sila kemukakan kepada saya deraf melodi (mp3) bersama lirik lagu yang mahu digubah. Juga maklumkan kepada saya keynote penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut serta tempo lagu yang dijangkakan sesuai. Bayaran deposit sebanyak RM1,000/= mesti dibayar sebelum kerja dimulakan, manakala bakinya RM1,000/= dibayar setelah pihak pelanggan berpuashati dengan produk yang dihasilkan.

Lagu anda boleh disiapkan dalam masa kurang dari 7 hari tidak termasuk pembetulan atau penambahbaikan oleh pihak pelanggan sehingga berpuashati.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan saya (Nazz Abdul Aziz) melalui sms atau whatsapp 010-5333361 atau email mohdnazri.abdulaziz@gmail.com

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Nazz Abdul Aziz
010-5333361

Contoh hasil rakaman boleh di dapati dari chanel Youtube saya -->  https://www.youtube.com/user/NAZZonemanband










Wednesday, December 17, 2014

Nazz Abdul Aziz Berjumpa Dengan Sifu M. Nasir

"Di balik cermin, cermin mimpi... Ada realiti yang tidak kita sedari..." Itulah lagu Cermin Mimpi yang saya nyanyikan sewaktu mengadap cermin untuk bersiap-siap menghadiri mesyuarat agung RPM. Berdetik di dalam hati saya untuk berjumpa dan bergambar dengan idola saya dalam bidang muzik iaitu Sifu Dato' M. Nasir. Itu pun kalau dia hadir mesyuarat. Saya ni memang peminat dia sejak dari zaman sekolah. Alhamdulillah, termakbul niat saya apabila kami terserempak di pejabat RPM.

Saya memang kenal sangat dengan Sifu M. Nasir ni,, cuma dia yang tak kenal saya... hehe... 

Bila beliau bertanya berhubung penglibatan saya di dalam bidang muzik, beliau agak panik bila saya perkenalkan diri sebagai pemuzik underground yang kadang-kadang muncul sebagai buskers sejak tahun 1987 di Central Market KL. Sekarang saya sekali-sekali muncul busking di Klang dan Port Klang.

Saya juga berharap agar dapat berjumpa seorang lagi idola saya di dalam bidang muzik iaitu Dato' Ahmad Nawab. InsyaAllah, moga bakal berjumpa kelak.





Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) - Mesyuarat Agung Ke-3

Recording Performers Berhad (RPM) kali yang ke-3 telah  mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke-3 pada 17 Disember 2014 di ibu pejabat RPM Solaris Mont Kiara. Lebih dari 50 orang ahli berdaftar telah menghadiri mesyuarat yang menyaksikan Amy Search dipilih menduduki kerusi Pengarah RPM. Tahniah buat Amy Search dan selamat menjalankan tugas. --> Fewiittt.... ^_^

Setelah mesyuarat mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Presiden RPM YBhg Dato' Sheila Majid mengumumkan jumlah kutipan royalti bagi tahun kewangan 30 Jun 2014 yang sangat memberangsangkan. Pembayaran royalti kepada ahli-ahli RPM dijangka akan dibuat selewat-lewatnya penghujung Mac 2015. Ini adalah berita baik kepada para penyanyi dan pemuzik yang bekerja keras untuk memajukan industri muzik tanahair. Kepada para artis yang belum berdaftar dengan RPM, daftarlah sebagai ahli RPM dengan kadar yang segera. Pastikan hasil seni anda mendapat pulangan yang boleh menyara kehidupan dan keluarga. Daftar secara online --->http://www.rpm.my/index.php/joining-rpm

Nazz Abdul Aziz
https://www.youtube.com/user/NAZZonemanband

































Sunday, November 30, 2014

CINTA SEORANG LELAKI - Lagu Baru oleh Nazz Abdul Aziz

CINTA SEORANG LELAKI adalah karya lagu ciptaan saya manakala puisi garapan Sang Bidadari Terakhir dari Jakarta, Indonesia. Muzik, gubahan dan nyanyian oleh saya sendiri. Semoga ceria semua yang menikmati karya lagu ini.



Cukup bagi ku jatuh cinta sekali, apa rasanya ku tak peduli... Mungkinkah manis semanis madu... Mungkinkah pahit bagai hempedu... Ku rela berjalan meniti bara api... Kan ku buktikan aku setia... Peduli apa terluka berdarah... Terurai airmata nestapa... Aku lelaki buat mu wahai Sang Bidadari Syurga... Cinta seorang lelaki buat Sang Bidadari yang setia, mulia di Syurga... Cinta seorang lelaki buat Sang Bidadari mulia di dunia...


Saturday, November 29, 2014

CINTA TOUCH & GO - Nazz Abdul Aziz

Lagu ini tercipta ketika saya berhenti rehat di perhentian R&R Seremban arah utara. Saya meletak kereta berdekatan hotel di belakang stesen minyak Shell. Tiba-tiba seorang wanita cantik datang minta tumpangkan dia ke Pulau Pinang. Serba salah dibuatnya...






TIADA LAGI - Level 15 Komtar Johor Bahru

Nyanyian ini dirakam sewaktu kami selaku kontraktor membaikpulih dan pemasangan facade bangunan KOMTAR Johor Bahru. Muzik dan lagu mampu menjadi therapi untuk menghilangkan tekanan waktu bekerja.


RINDU YANG DALAM - Nazz Abdul Aziz

Special thanks to Mary from Australia for the photo.


RINDU YANG DALAM (Part-2) Sayang inikah rindu?? Jiwa ku resah gelisah... Mengapa mesti kita terpisah?? Cinta bersarang di dada... Sayang inilah rindu,, Ini cinta sebenarnya... Walau jauh tetap setia,, setiap detik tidak ku lupa.... Percayalah kau tetap di hati.... Biarlah selamanya cinta subur di dada... Biarpun berjauhan kita tetap bertahan.... Pasti tiba masanya kita akan berjumpa.. Dengan rindu yang dalam....

Artist - Nazz Abdul Aziz
Lagu - Nazz Abdul Aziz
Lirik - Nazz Abdul Aziz
Muzik & Susunan - Nazz Abdul Aziz

Thursday, October 23, 2014

Kempen Nyah-aktif Khidmat Peti Simpanan Suara Telefon Bimbit (Voice Mailbox)

Katakan telefon bimbit anda berbunyi dan anda terlepas menjawab panggilan atau anda mematikan telefon bimbit ataupun kehabisan bateri, maka rakan atau saudara yang menghubungi anda tadi akan disambungkan ke peti simpanan suara, dimana mereka akan dikenakan caj secara purata sebanyak 30 sen setiap kali gagal menghubungi anda. Tahukah anda bahawa setiap pengguna telefon bimbit di Malaysia secara purata menyumbang RM1.00 sehari untuk khidmat peti simpanan suara. Secara tidak sedar anda telah menyumbang sebanyak RM365.00 setahun untuk perkhidmatan yang tidak penting ini sedangkan ada perkara yang lebih perlu untuk diberi keutamaan.

Data terbaru menunjukkan bahawa terdapat hampir 28 juta pengguna telefon bimbit pra-bayar berbanding hanya 27 juta rakyat Malaysia. Ini bererti, syarikat-syarikat telco secara keseluruhan meraih pendapatan kasar hampir RM10 billion setahun melalui khidmat peti simpanan suara.

Apabila kita menyah-aktif peti simpanan suara, rakan-rakan atau saudara mara yang gagal menghubungi kita tidak akan disambungkan ke peti simpanan suara seterusnya akan menjimatkan caj panggilan mereka. Melalui kempen ini, kita bukan berniat untuk mensabotaj syarikat-syarikat telco di Malaysia, tetapi lebih kepada mengingatkan sesama pengguna agar lebih berjimat cermat berbelanja. Sejumlah RM365.00 setahun yang dijimatkan itu akan dapat digunapakai untuk perkara-perkara lain yang lebih utama dan bermanfaat seperti perbelanjaan sekolah atau pengajian di universiti dan sebagainya.

Untuk menyah-aktif khidmat peti simpanan suara sila ikut langkah seperti di bawah :
  
  1. Maxis Deactivate – ##109# kemudian tekan butang dail. Sekiranya gagal,,, klik link ini https://forum.maxis.com.my/forum_topic.asp?TOPIC_ID=2142&whichpage=88
  2. Digi Deactivate – *128# kemudian pilih 'mobile service, voice mail & deactivate' atau sekiranya gagal, hubungi Digihelpline 0162211800 'customer service' untuk 'deactivate voice mailbox'.
  3. Celcom & Tunetalk Deactivate – ##002# kemudian tekan butang dail. Sekiranya gagal, sila hubungi nombor 1111 atau 03-3630 8888 dan maklumkan kepada 'customer service' untuk 'deactivate your voicemail'. 

Sebagai pengguna bijak, sila kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan saudara mara yang biasa anda hubungi agar anda tidak lagi dikenakan caj khidmat peti simpanan suara sekiranya gagal menghubungi mereka dan begitu juga sebaliknya.

*** Jangan lupa klik iklan di blog saya ini sebagai tanda sokongan.



 Share---Share---Share---Share---Share---Share---Share

Friday, October 17, 2014

AKU BERANI GAGAL - Nazz Abdul Aziz (Lyrics)


Lagu dan lirik ciptaan saya sendiri dan telah dinyanyikan secara langsung di hadapan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada June 2014 di pejabat beliau Perdana Leadership Foundation.


Jangan berputus asa, jangan mudah kecewa tika dirundung gagal... 
Pasti ada hikmahnya, pasti ada jalannya menuju kejayaan.... 
Kegagalan itu adalah harganya yang perlu kita bayar... 
Dalam perjuangan mencapai kejayaan pasti di masa depan... 
Gagal bukan pilihan,, gagal bukan mainan,, gagal itu cubaan... 
Gagal itu ukuran menimba pengalaman harungi kehidupan... 
Pasti kejayaan ada tersembunyi di dalam kegagalan... 
Terus berusaha,, teruskan berdoa,, tawakkal pada Tuhan... 
Yakin, yakinlah kau pasti berjaya... 
Yakin, yakinlah masanya pasti akan tiba...

Sila share tanda sokongan.

Friday, October 10, 2014

BUKAN AKU - GAB (Lyrics)


Mahligai indah yang kita bina bersama ibarat istana pasir
Terhempas ditelan ombak, binasalah...
Detik-detik bersama yang kita lalui, kini hanya tinggal kenangan
Tak mungkin aku lupakan selamanya...
Aku bukan lelaki yang kau cinta...
Aku hanya pohon rendang
Tempat kau singgah sementara melepaskan penat lelah...
Pergilah engkau pergi jangan menoleh lagi
Pintu hati ku sudah tertutup sama sekali
Aku bukan untuk mu, engkau bukan milik ku
Sememang aku bukan lelaki yang kau cintai...

Song written & composed by Nazz Abdul Aziz
Lyrics by Nazz Abdul Aziz

Share this please.

Sunday, August 31, 2014

BIAR KU SENTUH HATI MU

Biar ku sentuh hati mu yang bergetar.
Semoga semoga tenang semula di dasarnya.
Kehijauan di mata mu, panahan arjuna,
Menikam hati ku yang keresahan.
Biar ku sentuh hati mu dengan cinta.
Semoga kau merasai kelazatan.
Di timpa kasih dan sayang di basahi perasaan.
Tiada kata tiada coretan mampu menceritakannya.
Biar ku sentuh hati mu, biar ku capai cinta mu.
Biar masa bercerita di layar langit yang indah.
Biar ku sentuh hati mu, biar ku capai cinta mu.
Biar masa bercerita betapa aku cinta pada mu.



Saturday, August 9, 2014

My New Song - JOM NIKAH

Aku kerja cari makan... Dari pagi hingga petang... Dapat gaji hujung bulan habis bayar hutang... Mahu kahwin duit tak ada... Wang hantaran melambung tinggi... Baik bujang sampai tua,, happy senang hati... Sayang sabar-sabar dulu... Duit aku belum cukup... Emak kamu letak harga macam jual tanah... Baik kita kahwin lari... Boleh nikah bersembunyi... Dari terlibat maksiat,, jom nikah..

Friday, August 8, 2014

New Song For Gaza-Palestine - GAZA BERDARAH

Full version of new song "GAZA BERDARAH". Viral this message. Share this with friends and friends of friends if you sincerely support & pray for people and soil of Gaza-Palestine. Unless you are one of the Israeli terrorist who support the killing of the People of Palestine, don't share this message. May Allah bless Palestine with victory and Israel must pay the destruction with high price.

Thursday, August 7, 2014

Airmata Seorang Mahathir & Aku Berani Gagal

Di dalam pertemuan pada 11 Jun 2014, selepas Tun M menurunkan tandatangan di atas gitar kesayangan saya, beliau meminta saya menyanyikan lagu yang saya cipta khas untuk beliau iaitu 'Airmata Seorang Mahathir'. Saya terperanjat kerana tujuan saya membawa gitar tersebut adalah semata-mata untuk mendapatkan tandatangan autograf beliau. Sebenarnya saya tidak membuat apa-apa persediaan untuk itu tetapi saya nyanyikan juga lagu itu. Jelas beliau sebak mendengar saya mendendangkan lagu Airmata Seorang Mahathir. Selepas habis lagu itu, beliau meminta saya menyanyi lagi dan saya menyanyikan pula lagu 'Aku Berani Gagal'. Beliau bertepuk tangan dan meminta saya menyanyi lagi.... Lebih 1 jam saya duduk berbual dan menyanyi bersama Tun M. Sesungguhnya itulah pengalaman terhebat saya sebagai seorang pemuzik, pencipta lagu dan penyanyi.


Nazz Abdul Aziz Bertemu Tun Dr. Mahathir

11 Jun 2014 adalah tarikh keramat buat saya apabila YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) bersetuju untuk bertemu dengan saya atas kapasiti saya sebagai seorang pemuzik dan pencipta lagu. Debaran di dada saya memang tidak terkawal apabila jam 4 petang nama saya dipanggil untuk memasuki pejabat Tun M di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya. Saya bersama 3 orang rakan iaitu Ayie, Shark & Razufy melangkah masuk ke pejabat Tun M sambil diiringi oleh pegawai protokol dan anggota polis. Razufy yang membawa gitar kesayangan saya menggelabah sehingga gitar itu terhantuk pada pintu masuk. Bunyi dentuman itu membuatkan saya bertambah gemuruh. Melangkah masuk ke dalam pejabat, saya memberi salam kepada Tun M.

"Waalaikum salam Datuk Seri". Tun M menjawab salam saya.

Saya panik apabila Tun memanggil saya dengan gelaran 'Datuk Seri'. Saya katakan kepada beliau bahawa saya adalah orang kampung,, orang kebanyakan. Kata beliau, nama saya sama dengan nama Menteri Pelancongan Malaysia, sebab itu dia panggil saya Datuk Seri. Kami pun ketawa dan sememangnya itu adalah pendekatan Tun M untuk memulakan suasana pertemuan yang ceria. Terasa bangga juga bila Tun M memanggil saya dengan gelaran Datuk Seri... hehe :)








Sunday, July 6, 2014

Thursday, July 3, 2014

Lagu Dukungan Untuk Jokowi & Jusuf Kalla

Jokowi Jokowi memang berwibawa. Insinyur Indonesia dihormati dunia. Membina masyarakat di kota di desa. Jokowi Jokowi majukanlah negri. Jokowi Jokowi hapuskan korupsi. Impian kami semua warga Indonesia. Mendukung Pancasila menitip sejarah. Makmur Indonesia maju rakyat semua. Ayuh semua warga Indonesia bantu Jokowi Presisen kita. Juga Jusuf Kalla bersama-sama berusaha. Bukan sensasi bukan kontroversi tapi solusi masalah Negeri. Bangkit Indonesia bangkit bersama Jokowi. Ya Allah bantulah rakyat Indonesia. Makmurkan Negeri ini makmurkan rakyatnya. Sang Saka Merah Putih tinggikan darjatnya. Keadilan bagi rakyat Indonesia.

Artis - Nazz Abdul Aziz
Komposer - Nazz Abdul Aziz
Lirik - Nazz Abdul Aziz
Dapatkan versi asli melalui email nazz.onebuiltwell@gmail.com

Saturday, May 17, 2014

AKU BUKAN LELAKI YANG KAU CINTAI - Nazz Abdul Aziz

Lagu Baru 2014 - Aku Bukan Lelaki Yang Kau Cintai
Mahligai indah yang kita bina bersama...
Ibarat istana pasir terhempas ditelan ombak... Binasalah...
Detik detik bersama yang kita lalui...
Kini hanya tinggal kenangan...
Tak mungkin aku lupakan... selamanya...
Aku bukan lelaki yang kau cintai...
Aku hanya pohon rendang tempat kau singgah sementara
melepaskan penat lelah...
Pergilah engkau pergi,, jangan menoleh lagi...
Pintu hati ku sudah tertutup sama sekali...
Aku bukan untuk mu dan kau bukan milik ku...
Sememang aku bukan lelaki yang kau cintai...

Lagu & lirik ciptaan - Nazz Abdul Aziz
Nyanyian semula - Gaban (Bukan Aku)
Susunan muzik - Bakri Ma'embong & Wandy Flop Poppy

Monday, May 12, 2014

Lagu Baru 2014 - KISAH SEORANG PENGHIBUR

Sendiri ku memujuk hati ini, melupakan semua yang berlaku... Sejarah hitam mengganggu lena ku dikala bertandangnya malam... Haruskah ku tangisi takdir ini,, sedangkan semua sudah tertulis... Diri ku yang seadanya di sini sebagai penghibur mu... Di konti yang damai ku ketuk satu-satu pintu hati pendengar ku... Dan ada ceria di wajah pendengar semua... Di dasar hati ku terpancar cahaya gemilang semua pendengar yang setia... Biarlah ku teruskan hidup ini menuju ke destinasi yang pasti... Secebis kisah seorang penghibur terpahat di hati mu...